Sunday, 22 March 2015

Cinta Kita di Pantai Merdeka ~

assalamualaikum~~
semester akhir ni asyik berjalan je kerja kitorang...
almaklumlah kuliah sikit aje, 
ko-k pun dah habis,
so, apa lagi...
kita enjoy lah !
mihihihi   xD

alang2 kita ke Sunga Petani lepas majlis aqiqah anak sedare roomate, 
kita singgah ke Kuala Muda...
ramai yang tertanya-tanya, 
Kuala Muda? bokpa hang pi tang tu? 
bokpa? pi ambik angin lah kat tepi pantai~
pantai?

Pantai Merdeka !


masa kitorang sampai ke Kuala Muda pun, dah hampir lewat petang...
kononnya nak ber-picnic,
dengan berbekalkan cup cake coklat dan blueberry 
yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh roomate yang gorgeous...
alih2 kitorang "welfie" lah, 
pemandangan sunset gituw

wuw wuww~~
( hahaha... dah kenapa ya?!   xP  )

sampai lah malam...
dahaga pulak,
pekena coconut milk shake dulu~~

keluar dari Kuala Muda,
kitorang singgah dulu pasar malam Kuala Muda,
cuci2 mata saja... 
:'D

masing2 dah mula kelaparan,
ohhmaigadd !
mana nak cari kedai makan?!
mula2 masuk ke sebuah restoran tu,
tapi...western food SAHAJA dijual di restoran tu...

perjalanan diteruskan,
sehinggalah kitorang sampai di sebuah kedai makan tu,
kedai makan Seafood tepi highway Kuala Muda menghala ke Utara,
(perghh penerangannya... lupa pulak nak tengok kedai makan tu nama apa)

kitorang makan mee udang banjir !
ummphhh ! memang sedap lah !
tambah2 dengan udang2 dan ketam yang fresh2 ~~~
xD

kitorang order untuk empat orang makan,
dua ekor udang (saiz sederhana dan besar) untuk setiap orang dan seekor ketam kecil,
total semuanya RM76 ...
standard lah kan, dah nama pun seafood, janji sedap sehingga menjilat jari~~
cara dan rasa masakannya ala2 versi char kuewteow, 
tapi yang ni versi mee udang, banjir munya....

kalau siapa2 yang lalu di sekitar highway keluar dari kuala muda menghala ke utara tu,
ternampak restoran ala2 seafood tu, 
mai laa singgah makan nah !
confirm puas hati dan berbaloi-baloiii~~
(eceyhh ...promote pulak !  xD  )

jadi, kitorang pulang semula ke kampus tercinta dengan hati yang girang!
lalalala~

selamat pergi dan balik :)

p/s: kita nak ke mana lagi weyh?? tungguuuu~~
:D

No comments:

Post a Comment