Sunday, 22 March 2015

Cinta Kita di Pantai Merdeka ~

assalamualaikum~~
semester akhir ni asyik berjalan je kerja kitorang...
almaklumlah kuliah sikit aje, 
ko-k pun dah habis,
so, apa lagi...
kita enjoy lah !
mihihihi   xD

alang2 kita ke Sunga Petani lepas majlis aqiqah anak sedare roomate, 
kita singgah ke Kuala Muda...
ramai yang tertanya-tanya, 
Kuala Muda? bokpa hang pi tang tu? 
bokpa? pi ambik angin lah kat tepi pantai~
pantai?

Pantai Merdeka !


masa kitorang sampai ke Kuala Muda pun, dah hampir lewat petang...
kononnya nak ber-picnic,
dengan berbekalkan cup cake coklat dan blueberry 
yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh roomate yang gorgeous...
alih2 kitorang "welfie" lah, 
pemandangan sunset gituw

wuw wuww~~
( hahaha... dah kenapa ya?!   xP  )

sampai lah malam...
dahaga pulak,
pekena coconut milk shake dulu~~

keluar dari Kuala Muda,
kitorang singgah dulu pasar malam Kuala Muda,
cuci2 mata saja... 
:'D

masing2 dah mula kelaparan,
ohhmaigadd !
mana nak cari kedai makan?!
mula2 masuk ke sebuah restoran tu,
tapi...western food SAHAJA dijual di restoran tu...

perjalanan diteruskan,
sehinggalah kitorang sampai di sebuah kedai makan tu,
kedai makan Seafood tepi highway Kuala Muda menghala ke Utara,
(perghh penerangannya... lupa pulak nak tengok kedai makan tu nama apa)

kitorang makan mee udang banjir !
ummphhh ! memang sedap lah !
tambah2 dengan udang2 dan ketam yang fresh2 ~~~
xD

kitorang order untuk empat orang makan,
dua ekor udang (saiz sederhana dan besar) untuk setiap orang dan seekor ketam kecil,
total semuanya RM76 ...
standard lah kan, dah nama pun seafood, janji sedap sehingga menjilat jari~~
cara dan rasa masakannya ala2 versi char kuewteow, 
tapi yang ni versi mee udang, banjir munya....

kalau siapa2 yang lalu di sekitar highway keluar dari kuala muda menghala ke utara tu,
ternampak restoran ala2 seafood tu, 
mai laa singgah makan nah !
confirm puas hati dan berbaloi-baloiii~~
(eceyhh ...promote pulak !  xD  )

jadi, kitorang pulang semula ke kampus tercinta dengan hati yang girang!
lalalala~

selamat pergi dan balik :)

p/s: kita nak ke mana lagi weyh?? tungguuuu~~
:D

Saturday, 21 March 2015

Majlis Aqiqah adik-adik comel ! :)

assalamualaikum~
yuhuuu~
(hihi bajet je kann... *sambil melambai-lambai tangan atas kapal Titanic  :P) 

wahhh banyaknya majlis kenduri...
bukan majlis kenduri kawen nahh, 
tapi majlis aqiqah dan kesyukuran,
adik-adik ku yang comel, segak lagi cute :)

first, majlis aqiqah dan kesyukuran  adik sepupu, 
Adik Iklil...

yang bestnya, mama adik Iklil buat sendiri dekorasi untuk majlis aqiqah adik Iklil...
cantik, romantik ! hihi



sepanjang majlis aqiqah adik iklil, kitorang sebagai anak sedare kepada mama Iklil yang turut menyibukkan diri juga   xD
beri sagu hati kepada tetamu yang datang ke majlis aqiqah adik Iklil :)

candid cheesecake smile ! :)

apa-apa pun majlis berjalan dengan lancar, dimulakan dengan tahlil dan bacaan doa...
Alhamdulillah :)



ok, itu cerita Majlis Aqiqah di musim cuti...



masuk semester baru, dapat jemputan lagi !
ke majlis aqiqah anak buah roomateku yang gorgeous gitu !
majlis aqiqah dan kesyukuran baby Risha !
jadi, ke Sungai Petani  lah kita ya...

gift untuk anak buah roomate-ku...
(hiks  comel betul aunty ni, bawakan gift utk baby Risha  :D  )

comel pelamin untuk baby Risha !
apa-apa pun, majlis lancar seperti yang telah dirancang,
roomate-ku menjadi orang penting majlis aqiqah baby Risha !

aunty-aunty ni juga tidak turut melepaskan peluang untuk bergambar !
(muihihi  xD  )


semoga jadi anak yang soleh adik Iklil, dan 
anak yang solehah, baby Risha !
:)

Friday, 27 February 2015

Ke Menara Condong Ke Kite?

assalamualaikum~
hihi
lama sudah tidak meng-update di sini.
cuti sem kali ni sibuk sangat,
biasalah, nak cari bahan untuk projek ilmiah masuk sem depan.
sem terakhir kuliah di universiti tercinta. muahaha
[kejapnya rasa masa berlalu  :') ]

balik ke kampung tak sah kalau tak singgah ke Teluk Anson
[Teluk Anson? alahh Teluk Intan tu, yang ada menara ala-ala macam Menara Pisa kat Italy tu...hihi]

tadaa ! macam Menara Pisa, Italy kan? 

malam tu ada roadwalk Teluk Intan,
memang happening lah suasana di sekitaran Dataran Menara Condong...
:D



macam-macam warna ada...
lip lap lip lap...
biru merah hijau pink! 
[pink xsempat snap pic]

daripada pandangan dekat...

kebetulan pulak tu, ada kumpulan buskers akustik buat persembahan di dataran tu,
apalagi, lepak lah dengan acu paksu sepupu dan adik...
hehe

 enjoy ! boleh tahan jugak nyanyian dari geng buskers ini !

aku agak diorang ni student jugak, maybe buat part time masa cuti sem ni...
macam aku [agak jela kan...]

so, lepas ni ke mana? 
cerita di musim cuti
#CampakBalik

kita tunggu ya....
:D