assalamualaikum~
ehem2...
dah lama tak mengarang karangan di sini...
semakin hari semakin kesibukan melanda,
almaklumlah dah nak masuk saat2 akhir sebagai graduan ijazah
in shaa Allah~
hihi ameen!
mesti ada yang tak pernah makan pencuci mulut ni:
namanya,
Serawa Buah Kuini!
lebih kurang macam cendol lah,
tapi kita tak payah guna cendol yang hijua tu pun~
sedap yoo!
rugi bagi siapa2 yang tak pernah makan yobb~

besar2 saiz buah kuinin nie kome2 sekalian~
14 biji buah kuinin di atas ni,
dibawa balik dari Changloon ke Pulau Pinang...
betapa gigihnya seorang anak balik ke kampung halaman,
atas pemintaan bunda, ayahanda dan adik2 terchinta,
walaupun tiket bas dah habis dan hanya naik bas lompat2,
akhirnya sampai jua ke kampung halaman
( hihi...macam poyo jee ayat tu, tapi betul lah XD )
tapi yang sebenarnya nak bagitau,
yang buah kuinin ni fresh dipetik dari pokok!
tengok tu! bersih jee isinya, tak busuk dimakan ulat pun...
kalau beli dekat pasar malam, confirm2 dah~
hehehe...
selepas dibasuh bersih2 getahnya,
selepas dibuang kulitnya,
kita hiris isi2 kuinin halus2
(agak2 boleh kunyak lagi, jangan terlampau halus sangat~)
sediakan santan, sedikit gula dan ais batu
macam biasa, kacau gula bersama sedikit air suam,
agak2 gula dah larut, boleh masukkan santan,
(jangan manis sangat, karang tak pasal2 dapat diabetik)
(jangan pulak tawar sangat, karang tak umphh rasanya~ XD )
lepas tu, masukkan buah kuinin yang dihiris,
masukkan ais batu di dalam cawan/mangkuk,
tuangkan serawa kuinin yang sudah siap ke dalam cawan/mangkuk
(sila abaikan ketul ais batu di atas, kedai tutup punya pasal,
cuti hari pekerja kome uii~ )
tadaa!
sedap tersangat2 sangat lah!
sampai menjilat sudu pun boley~
hihihi
resipi bunda tersayang ;)
cubalah buat!
pasti hendak lagi
(cewahh... XD )
semoga berjaya!




No comments:
Post a Comment